Hukum Hudud Negeri Kelantan 2015

Alhamdulillah seperti yang semua tahu tahun lepas dah kecoh dilaman social yang kerajaan Negeri Kelantan akan melaksanakan hukum hudud pada tahun ini (2015). Mee tak tahu samada telah dilaksanakan atau tidak. Yang Mee tahu sekarang ni kalau ada yang berpakaian tidak sopan dan tidak menutup aurat mengikut syariat Islam, mereka akan dikenakan saman serta merta.

Peniaga-peniaga juga dah ramai yang kena tegur dan disaman. Perempuan yang tidak bertudung, berbaju lengan pendek, berseluar dan berbaju ketat, dan yg tidak menutup aurat sepenuhnya akan disaman. Bukan itu saja, lelaki yang memakai seluar paras atas lutut juga akan disaman. Pasangan yang 'berdatin' juga jangan senang lenang sangat sana sini ye sebab dikhabarkan pihak berwajib akan meminta surat atau kad kawen. Kalau takde, akan didenda juga sebab bersama bukan muhrim.

Alhamdulillah diatas pelaksanaan yg dah secara perlahan dan mungkin bakal menyusul dengan hukum hudud yang lain. Semoga semua ini tidak akan jadi separuh jalan dan semoga dilanjutlan sampai bila-bila. Aaaminnnnn..

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

4 komen:

anis Sk said...

Alhamdulillah, semoga negeri2 lain jadikan contoh :)

Anonymous said...

Alhamdulillah.. tapi bagaimana dengan undang undang takzir, qisas dan lain lain? Adakah hudud perlu diutamakan atau sepatutnya dilaksanakan sekali dengan undang2 islam yang lain?

Apa yang saya paham, semua undang2 islam saling melengkapi antara satu sama lain. Wallahualam

Razfira said...

Alhamdulillah saya pon menyokongnya

E'in said...

alhamdulillah.. harap2 negeri lain pun boleh ikut jugak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...