Wanita Dan Dosa Berpanjangan


Setelah lama tak update, hari ni terdetik rasa dihati Mee untuk berkongsi satu status teguran di facebook untuk para wanita khususnya.Bila baca status tersebut Mee rasa seolah ada sesuatu yang tepuk Mee dari belakang dengan kuat sekali. Mungkin kesedaran yang paling deep yang kebanyakan kita mengambil mudah tanpa mengetahui bahawa perkara tersebut menyebabkan kita sudah mendapat dosa berpanjangan.

AURAT. Ya Allah. kerdilnya rasa dimuka bumi ini bila didedahkan dengan semua ini. Sebagai seorang wanita, kita tidak tahu bahawa gambar-gambar yang kita upload walaupun gambar berpakaian labuh sekalipun boleh menyebabkan fitnah. Kita tak tahu apa yang berada dalam kotak minda sesetengah lelaki bila memerhatikan gambar kita. 

Mee bukanlah baik sangat. Banyak juga yang perlu diubah. Tapi apakata kita ubah secara perlahan dengan memulakan perubahan itu dengan sesuatu yang mudah. Iaitu kurangkan upload gambar. Melainkan dalam friendlist tak ada mana2 lelaki bukan muhrim. Itulah yang Mee sedang lakukan sekarang.

Jadi apakata mulai harini mula private-kan atau delete gambar-gambar. Bagaimana pula dengan gambar-gambar yang tak dapat dipadam? Iaitu gambar yang ditag oleh kawan-kawan. Seorang sahabat Mee ada cakap, sekurang-kurangnya kita menegur atau memberi tahu mereka supaya memadam gambar tersebut. Dan kalau dia masih tak padam, kita dah lepas. Sebab kita dah pesan. Tegur jika salah..

Oh ye, Ini lah status yang Mee maksudkan :

[ Maaf terpaksa tulis begini ]
Muslimah..
Usah tertipu..
Kita pakai sopan..
Tudung labuh berstongan dan berstoking..
Cantik di pandangan Allah kan..

Namun upload gambar banyak banyak kat fb…
Dekat jauh semua ada..
Pegang quran..
Pegang buku..
Renung pantai..
Renung langit…
Macam pelik pula kan..

Bukan apa..
Bukankah tujuan menutup aurat..
Untuk menjauhkan pandangan ajnabi.
Nmpak tak permainan syaitan..
Nampak macam tak dosa pun..
Tapi sebenarnya pintu pintu fitnah telah terbuka sikit demi sikit..
Ajnabi senang senang dapat lihat..
Sebab kat realiti banyak yang tunduk kan..
Bila kat alam maya susah nak tunduk..
Semua mendongak..
Yang kuat je kot akan bertahan…

So muslimah..
Apalagi…
Come on..
Stop upload kerana Allah..
Jika tak mahu dipandang..
Maka di alam maya pun mesti kena jaga..
Usah biar wajah kita macam iklan..

"SENANG….SELALU…PERCUMA.."

Untuk dilihat!
 BY FAIZ SRIDU

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

1 komen:

Anonymous said...

Very deep ... indeed ... such a meaningful advice ... simple, precise and an eye opener !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...