PERBANDINGAN MENAIKI FLIGHT RAYANI AIR DENGAN MALINDO AIR, AIR ASIA, FIRE FLY, MAS

PERBANDINGAN MENAIKI FLIGHT RAYANI AIR DENGAN MALINDO AIR, AIR ASIA, FIRE FLY, MAS


Kepada rakan-rakan yang bertanya, nilai review saya untuk Rayani Air (dengan harga tiket RM90) ialah 7/10, Ini termasuk:
1.    Tempat duduk sofa yang selesa
2.    Set snek yang mengeyangkan (muffin, kacang dan jus)
3.    Sejuk mata memandang
4.    Sebagai seorang Muslim pula, saya turut menilai dari sudut kepentingan shariah lain yang sudah diwar-warkan seperti "no alcohol' dan bacaan doa oleh juruterbang, doa yang sahih seperti terdapat di dalam hadis Nabi SAW
5.    Kemesraan pramugara dan pramugari pesawat


Apa yang best berbanding Air Asia?
ü  free luggage 20KG dan 40KG (Business Class)
ü  free meal

Apa yang best berbanding Fireflyz dan Malindo?
ü  pesawat lebih besar
ü  meal lebih sedap serta mengenyangkan (untuk sejam++ penerbangan)
ü  ruang letak kaki lebih besar

Apa yang best berbanding ketiga-tiga flight?
ü  tempat duduk/ sofa yang selesa (ini betul-betul personally view!)

Apa yang best berbanding semua flights termasuk MAS?
ü  ehem ehem, yang part "sejuk mata memandang" tu

Semasa penerbangan, juruterbang ada tersalah sebut ketika pengumuman sebanyak dua kali, dan saya kira ada beberapa pramugari baharu yang masih tidak banyak pengalaman. Semua ini boleh diperbaiki step by step. Bagi saya yang selalu balik Bukit Jalil, KLIA 2 agak jauh untuk saya turun dan adik-adik lebih selesa jika pick up di Subang Airport. Hope Rayani Air boleh buat departure/arrival di Subang juga. Tentang bunyi enjin, saya tak berapa pakar, tapi overall best dan seingat saya, ketika mendarat tak ada terloncat-loncat. Hehe. Tempat duduk tak penuh pun hari saya terbang tu, so hopefully akan ramai yang berani mencuba perkhidmatan ini. Sokongan moral sebegini boleh membantu memajukan syarikat baharu seperti mereka. Ya betul, semua pramugari beragama Islam memakai hijab dan berpakaian lebih sopan.

Meal

Belakang Kotak Meal ada SUDOKU!

Pengalaman tak boleh dilupakan: semasa di ruang menunggu, saya terdengar perbualan antara dua orang gadis Kelate, guna loghat Kelate dan salah seorangnya adalah gadis India tulen. Kkejut sebab belum pernah jumpa mek India Kelate kkecek,

Untuk tempahan, boleh terus ke website: http://rayaniair.com cuma check-in masih perlu dilakukan di kaunter. Pesawat Rayani Air adalah dari jenis Boeing 737-400 / 737-800.

Alhamdulillah. Kepada semua, ambo ucapkan selamat menempah tiket dan rasai pengalaman bersama Rayani Air ya!
Pengalaman tersebut dipetik dari FB Fatihah Mubarokah Berhanuddin

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

3 komen:

Nurzakiah Hanum said...

wow best nie
kena cuba next time

aswadz said...

boleh cuba lepas ni. kat kelantan, even orang cina pun kecek kelate.

E'in said...

okay nak kena cube naik.. tp nak pegi mane? hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...