Tips Nuffnang








Assalamualaikum .. Setelah ditanya berkali-kali cara mendapat earning dari Nuffnang, akhirnya Mee membuat keputusan untung membuat satu entri mengenai tips Nuffnang



Sebelum Mee teruskan beberapa tips, Mee akan terangkan apa itu NuffnangNuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan yang berasakan blog. Pada masa yang sama ia juga adalah sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger. Disinilah bermulanya apabila blogger ingin menjana pendapatan sampingan daripada iklan yang disiarkan oleh Nuffnang di blog mereka



Bukan hanya dengan meletakkan iklan Nuffnang kita akan terus mendapat ganjarannya. Ada beberapa kriteria yang perlu kita usahakan. Perkara ini bergantung kepada usaha kita sendiri.. Tidak susah. Senang sahaja.. Tapi yang senang itulah yang membuat kita malas. Kan? Kalau nak, tak boleh lah malas-malas.

Dan ini adalah beberapa tips yang perlu kita ikut untuk mendapatkan hasil dari iklan Nuffnang. Tapi pastikan dah mendaftar untuk akaun Nuffnang yee..



Mungkin ada yang tidak sedar jika ke laman web Nuffnang di bahagian earnings terdapat beberapa tips yang lengkap telah disertakan dekat bahagian bawah sekali.  

Pihak Nuffnang akan memilih blog untuk diberikan kempen CPUV berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti penonton sasaran blog korang, genre blog, serta pengaruh yang terdapat di blog korang. Maknanya apa yang menarik. Sebagai contoh, sebuah syarikat kosmetik akan lebih cenderung untuk memilih fesyen dan blog kecantikan dimana sasaran mereka ialah pembaca wanita. Tetapkan genre, pengaruh di bahagian manage blog >> update survey.

Tak faham? Okay baiklah.. Inilah yang perlu kita buat untuk menambat hati Nuffnang..

LETAKKAN IKLAN DENGAN BETUL
Iaitu diatas Header. Tidak ada ruang untuk menambah gadget kat atas header? Jadi wujudkan ruang itu! Gunakan kemudahan Google dan cari "cara add gadget atas header" kemudian ikut tutorial yang telah disediakan oleh para blogger hebat. Guna iklan yang bersize 728X90.




Selain atas header, letak juga iklan Nuffnang dibahagian dalam entri.. Bagaimana caranya? Google lagi! Gunakan size iklan yang betul iaitu 336X280. Seterusnya dibahagian sidebar. Pastikan kedudukan berada dekat atas sekali. Guna iklan yang bersize 160X300. Cara? Cuma Add Gadget. Boleh dapatkan kod iklan dekat akaun Nuffnang kita sendiri. Sign ini >> My Nuffnang >> Manage my blog >> Large rec

SENTIASA MENGEMASKINI PROFIL BLOGGER
Iaitu anda di nasihatkan supaya sentiasa kemaskini bahagian profil korang. Pastikan sentiasa update lah entri tu yee.. Lihat di bahagian Manage Blog dan klik pada update survey. Maknanya disini, galakkan diri korang untuk sentiasa update survey. Tujuan? Untuk meningkatkan peluang korang mendapat CPUV Campaign.

HANTAR TICKET
Yee mesti hantar ticket pada Nuffnang. Buktikan yang blog korang tu sentiasa wujud. Tanyalah apa pun.. Kalau Mee sendiri, 2minggu sekali kot hantar. Lepas tuh pihak Nuffnang akan menjawab pertanyaan korang tu melalui email. Cara hantar ticket, pergi ke akaun Nuffnang dan scroll ke bawah sekali dan klik Contact Us >> Tick Blogger Enquiries >> Next. Kemudian taip lah apa yang nak tanya. Isi Subject tu dulu.. Pasal apa yang nak tanya. Dekat bawah tu pulak taip lah apa yang nak ditanya.. 


Inilah ticket Nuffnang

Berikut adalah 3 yang terpenting yang mee selalu buat.. Jika ada beberapa kesalahan dari apa yang Mee nyatakan, Mee mohon maaf.. Jangan lupa kadang-kadang ada masa terluang, blogwalking untuk mendapat trafik lebih sikit. Yang penting bergantung kepada usaha dan kesabaran.. 

Terima Kasih kepada KakShida. Mee bermula dengan Tutorial Nuffnang dari blog KakShida lah untuk tahu semua tu.. Kemudian selebihnya carian Google. Nasihat Mee, jangan stres sangat bila nak wujudkan satu entri. Tulis apa yang korang nak tulis, cara korang sendiri. Jangan fikir orang lain tulis berkias-kias korang sibuk nak berkias jugak. Sampaikan semuanya tergendala disebabkan korang fikir sangat. Itulah yang menyebabkan blog terabai. Mee bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. Jadikan blogging ini sesuatu yang Seronok :) Selamat berblogging! 







Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

18 komen:

LoLi said...

tips yg mantap...semoga success selalu ;)

HASRUL HASSAN said...

As-Salam. Dalam blog kalau mahu blog dapat duit dengan hebatnya, cubalah guna cara lain. Ada banyak cara blog jana pendapatan, nuffnang hanyalah salah satu cara sahaja.

http://www.hasrulhassan.com

Bruni Alamira said...

Thanks sharing. TQ

Bruni Alamira said...

Info baik. tq

Jijah Jijot said...

Good Info,Thanks

Jijah Jijot said...

Good Info.thanks

jaja said...

tq

aniesa ahmad said...

terima kasih sudi kongsi tips . Upah isi tabung nuffnang :)

geoffrey stephen said...

nice information :) http://www.geoffreystephen.com

firas qoid said...

tq juga info..bru taw kne update survey selalu.. hmmm

Ora_Adzlin said...

good tips! tq !

ummi seri said...

best la info ni, x terpikir kalo x baca

Afzai Afandi said...

Tips yang bermanfaat untuk newbie terutamanya coz nuffnang adalah pengiklanan yang mudah untuk blog baru sertai.

Benda Best said...

wah sangat menarik tu :) Nuffnang memang terbaik

Areee said...

Sempoiiiiii

Erni Hasmiza said...

Thanks for the tips.. update survey update survey selalu *sengih lebar-lebar*

Muhammad Shafiq said...

useful info.. thanks

Azamuddin Bahardin said...

Tip yg berguna.. singgah lah blog http://hidupdiusiaremaja@blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...