Cara Berhasil Untuk Mendapat Earnings Dari Nuffnang









Assalamualaikum .. Setelah ditanya berkali-kali cara mendapat earning dari Nuffnang, akhirnya Mee membuat keputusan untung membuat satu entri mengenai tips Nuffnang




Sebelum Mee teruskan beberapa tips, Mee akan terangkan apa itu NuffnangNuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan yang berasakan blog. Pada masa yang sama ia juga adalah sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger. Disinilah bermulanya apabila blogger ingin menjana pendapatan sampingan daripada iklan yang disiarkan oleh Nuffnang di blog mereka




Bukan hanya dengan meletakkan iklan Nuffnang kita akan terus mendapat ganjarannya. Ada beberapa kriteria yang perlu kita usahakan. Perkara ini bergantung kepada usaha kita sendiri.. Tidak susah. Senang sahaja.. Tapi yang senang itulah yang membuat kita malas. Kan? Kalau nak, tak boleh lah malas-malas.

Dan ini adalah beberapa tips yang perlu kita ikut untuk mendapatkan hasil dari iklan Nuffnang. Tapi pastikan dah mendaftar untuk akaun Nuffnang yee..



Mungkin ada yang tidak sedar jika ke laman web Nuffnang di bahagian earnings terdapat beberapa tips yang lengkap telah disertakan dekat bahagian bawah sekali.  

Pihak Nuffnang akan memilih blog untuk diberikan kempen CPUV berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti penonton sasaran blog korang, genre blog, serta pengaruh yang terdapat di blog korang. Maknanya apa yang menarik. Sebagai contoh, sebuah syarikat kosmetik akan lebih cenderung untuk memilih fesyen dan blog kecantikan dimana sasaran mereka ialah pembaca wanita. Tetapkan genre, pengaruh di bahagian manage blog >> update survey.

Tak faham? Okay baiklah.. Inilah yang perlu kita buat untuk menambat hati Nuffnang..

LETAKKAN IKLAN DENGAN BETUL
Iaitu diatas Header. Tidak ada ruang untuk menambah gadget kat atas header? Jadi wujudkan ruang itu! Gunakan kemudahan Google dan cari "cara add gadget atas header" kemudian ikut tutorial yang telah disediakan oleh para blogger hebat. Guna iklan yang bersize 728X90.




Selain atas header, letak juga iklan Nuffnang dibahagian dalam entri.. Bagaimana caranya? Google lagi! Gunakan size iklan yang betul iaitu 336X280. Seterusnya dibahagian sidebar. Pastikan kedudukan berada dekat atas sekali. Guna iklan yang bersize 160X300. Cara? Cuma Add Gadget. Boleh dapatkan kod iklan dekat akaun Nuffnang kita sendiri. Sign ini >> My Nuffnang >> Manage my blog >> Large rec

SENTIASA MENGEMASKINI PROFIL BLOGGER
Iaitu anda di nasihatkan supaya sentiasa kemaskini bahagian profil korang. Pastikan sentiasa update lah entri tu yee.. Lihat di bahagian Manage Blog dan klik pada update survey. Maknanya disini, galakkan diri korang untuk sentiasa update survey. Tujuan? Untuk meningkatkan peluang korang mendapat CPUV Campaign.

HANTAR TICKET
Yee mesti hantar ticket pada Nuffnang. Buktikan yang blog korang tu sentiasa wujud. Tanyalah apa pun.. Kalau Mee sendiri, 2minggu sekali kot hantar. Lepas tuh pihak Nuffnang akan menjawab pertanyaan korang tu melalui email. Cara hantar ticket, pergi ke akaun Nuffnang dan scroll ke bawah sekali dan klik Contact Us >> Tick Blogger Enquiries >> Next. Kemudian taip lah apa yang nak tanya. Isi Subject tu dulu.. Pasal apa yang nak tanya. Dekat bawah tu pulak taip lah apa yang nak ditanya.. 


Inilah ticket Nuffnang

Berikut adalah 3 yang terpenting yang mee selalu buat.. Jika ada beberapa kesalahan dari apa yang Mee nyatakan, Mee mohon maaf.. Jangan lupa kadang-kadang ada masa terluang, blogwalking untuk mendapat trafik lebih sikit. Yang penting bergantung kepada usaha dan kesabaran.. 

Terima Kasih kepada KakShida. Mee bermula dengan Tutorial Nuffnang dari blog KakShida lah untuk tahu semua tu.. Kemudian selebihnya carian Google. Nasihat Mee, jangan stres sangat bila nak wujudkan satu entri. Tulis apa yang korang nak tulis, cara korang sendiri. Jangan fikir orang lain tulis berkias-kias korang sibuk nak berkias jugak. Sampaikan semuanya tergendala disebabkan korang fikir sangat. Itulah yang menyebabkan blog terabai. Mee bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. Jadikan blogging ini sesuatu yang Seronok :) Selamat berblogging! 






Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

42 komen:

fifie said...

Mee thank you. Yang part hantar ticket tu lah fie tak berapa reti at last mee explain. Thanks again :)

shasha yacob said...

saya pun selalu buat cara nih mee. akhirnya ada juga sikit sikit masyukk.

Chic Na said...

bagus tips mee ni. tq!

Az Meeda said...

Jarang hantar tiket. Sebab dulu pernah hantar, tapi tak sammpai.. Haha

Farra Izzaty said...

Nice sharing :D

sa mic said...

huhu , tengkayu for tips ... akan cuba buat tengok

✿A I N A A✿ said...

ena yg hantar ticket tu tak pernah buat lagi.. thanks sebab bagi tahu.. hehehe

^^eKaTiKaH^^ said...

ok, baru faham.. thanks mee.. sebelum nie langsung tak tahu.. hee :))

Azhafizah Md Nor said...

Thank sayang sudi share..will do that..moga moga rezeki bertambah...aminn

Norzie hany said...

Nice info....tq for sharing.

Cikgu Ma said...

thanx...tak tau part tiket ni...serius...tapi part update survey mmg ada buat..memang cepat sangat naik...tapi cpuv blum ada..haha

azizah :) said...

banyak la BE mee nanti..jangan lupa bodek pakcik nuffnang tu..eee

syiela said...

tuto yg amat membantu :)

Nurrul said...

Thanks bagi nUffnang tips :")
Insya'Allah Nurrul akan buat.. ^^

nanieybarnieylurviey said...

betul tu.. nice sharing ttg nuffnang :)

Misz Fazie said...

wahh thanks for the tips. lepas ni nak rajin update survey dengan send ticket.

Iffah Afeefah said...

nice tips tapi aku da malas weh. 1 tahun 45 hinggit xberubah haha

Myra Jay said...

Thanks sharing dear... :)

Penting buat semua blogger :D

intanfirdaus247 said...

Hai Mee..selamat petang! nice tips dear! suka sangat sebab akak pon zero ilmu lagi bab2 nuff nih..eh tq like fb page koleksi tantintun akak..really appreciate that

dya bunga said...

thanks mee

Saraa Ali :) said...

thanks for the tips sis :)

Mrs Velentine said...

Semua tue kak amalkan..

CekbOlat-bOlat said...

wah tengs !! mmg supergirl . muah sikit :*

Kesuma Angsana said...

very gd sharing tg ye dear

iezayusof said...

Hjat nak buat jugak nuff ni, tapi takut xmasyuk sebab xpndai nk buat dy masyuk T-T btw, nice sharing sis! :D

aisya said...

selalu gak follow tutorial kak shida tp smpai skrg tak penah dpt2 BE, biar je la.. malas nk duli dh.. hehe

shidaR said...

heheee :D thanks mee sape2 pon blh bt tutor masing2..ikut kefahamn sndri..sbb kefahamn kn masing2 ade yg blh fhm yg ni tp xleh fhm yg sna..pdhal semua tu sma je..cara olahan tu bbeza ..pape pun semoga BE hampa smua mncurah2 lpas ni hehee :D

paripariputih said...

tak pernah dpt apa apa pun dar nuff ni :P

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

thanks dear for the sharing .. ne pun tga sedaya upaya hapdate sekerap yg mungkin

IntaNBerliaN said...

thanks.. akak pun buat camni :-)

Niesa said...

nice sharing!niesa xtau sgt pasal nuffnang ni..pluss kdg2 mls baca..hehe

Si Matatajam said...

Nice tips Mee..ni la yg akak praktik utk dapat kan BE..

ayut said...

nk tetapkan blog genre ap tu problem..blurrr..hihihi

Izara4eva™ said...

wah tips bguna, da lama nuffnang ara xnaik income.. hehe

Deq's Qienz said...

singgah baca tips nuff ya :) tq ats pkongsian :)

Azzah said...

lama tak htr ticket..

Qu azniza ;) said...

.haa nice tips tq mee!

fairus mohamad noor said...

thanks share info pasal nuffnang..salam knal dr mama3hero

kitatauke said...

hantar tiket tu tau....nak tny tu xtau..xtau nak tny ape...

-meeSUPERGIRL- said...

tanye je bile nak bg be .. hehe

farriz10 said...

tips cukup berguna ye..meet me at
>www.asamglugo.com

zura rahim~ZR said...

tengssss awakkkkkkk...sy baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...