Temuduga Polis






Pagi tadi Mee ada pergi temuduga polis Airport dekat Sekolah Kebangsaan Parang Puting, Pengkalan Chepa, KB Kelantan.. Pelik tak nama? Kat sini memang nama sekolah semua pelik. Sekolah Kebangsaan Semut Api pon ada. Haha.. Mee tahu Mee pendek tapi Mee nak jugak cuba nasib. Mana tahu rezeki Mee dekat situ ..

doodle comel
Saya pendek dan saya tahu itu.


Perkara pertama yang diuji ialah ketinggian.. Kat situ Mee hampir hampir patah semangat sebab dah sedar diri ini ibarat pokok kelapa yang terbantut. Kahkahkah. Bila diukur, tinggi Mee hanya 158cm. Tinggi kan? Tapi dia nak 160cm.. Akak tu pun cakap, "dik, tak lepas" .. Alah sikit lagi! Yang tukang ukur tu pun bukannya tinggi sangat.. Kihkihkih. Ayat sakit hati .. Sesiapa yang tak lepas ujian tinggi tu secara automatik mereka tidak layak untuk ujian yang seterusnya. Sedih :'( Sekurang kurangnya uji lah aku kawad dulu. aku ada sijil peringkat Negeri taw! #saje nak menunjuk -_-"

Mee redha jee .. Mungkin Allah SWT dah tetapkan kerjaya yang lebih baik dari itu. Insyaallah siapa tahu .. Yang penting Mee tak salahkan sesiapa diatas Kependekan Mee nih. Haha. Takpe.. Pendek itu Comel. Huahuahua..
Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

49 komen:

najihahfara said...

sy lagi pendek dari awak. huhu

Jna marcello said...

alaaa sian..try lagi..klau ade rezeki mesti akn dpt okayy..
p/s orang kata klau nk tggi pagi gayut kat pokok..tp klau xde pokok kat ruma cmne kan? hmm

zila manaf said...

takpe bukan rezeki tu

azizah :) said...

alah.. jijah tengok ramai je polis wanita pendek..huhuhu

takpe takde rezeki la tu yang..

cci said...

tinggi tu.. agaknya polis tu rabun kot.. ngeee

zuhdi sanusi said...

takper., lpas nih tiap2 hari begayut kaki keatas., bg tinggi lg ckit., hehe., gurau2 jer.,

boni kacak said...

takpe..sabar.. pasti Dia dah aturkan rezeki yang lain dan lebih baik daripada tu.. jangan berhenti berdoa je tau. saya doakan awak berjaya :)

Ikmal said...

Assalam, memang syarat pertama pastinya ketinggian... aku tak taulah kenapa semua ini terjadi... macam satu diskriminasi pula... sekarang org bukannya bertambah tinggi makin banyak pula aku tengok pendek2.... hehhehe

Aliff Haikal said...

HAHAHA ape lah mee ni . takpelah . Jadi polis kat tempat lain pulak :p

Chic Na said...

2cm je. huhu.. takkan diorang tak bagi dulu syarat2 dia cemana. takpe la cuba lg lain kali. mana tau kot2 nak tinggi lagi. hihi..

aswadz said...

xpe la. nak wat mcm mana kalo x dpt. bkn rezeki.

Everything's Everythings said...

Alahai sygnya xdpt, xpelah takde rezeki kan? nk buat mcm mana..

^^eKaTiKaH^^ said...

alo alo, pendek2 pun comel ape.. hee, berbakat lagi tu kan, kawad kaki peringkat negeri gitu.. hihi..takpe, takde rezeki Mee kat situ :)

Si Matatajam said...

Huwaaaa..teringat nasib yg hampir serupa ni..hu hu hu...dah nasib kan Mee org comel cam kita ni tak dpt nak apply kerja yg seangkatan dengannya..

Zaza Ridzlan said...

xpe mee, ada lg peluang..jgn mgalah =)

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

wahh.. ade cita-cita nk jadi polis ;)
alah.. lagi siket nk jadi 160 ;)

dEdEQ dE wIshEs said...

YEAH .. PENDEK TU COMEL .. EKEKE .. DEQ 150 JE .. HUWARGHHHH

Haris Khairuddin said...

pasni boleh la start makan calciyum.. mana tau boleh tinggi lagi. huhu.. ;p

ala..xpe. fail sekali. pasni try lagi kalau ada interviu polis tu. ;D

RazFiRa said...

saya pon 158 cm! high 5!

jgn sedih..insyaAllah ada rezeki di tempat lain pula :)

Yana Libra said...

xpe..mungkin tu bukan rezeki awak kot kan~ :)

لين Si Pipi Merah said...

alorhh ini lagi comel. kurang tinggi itu anugerah :)

fifie said...

Lepas tu dapat tak ujian ujian yang lain ? Fie tak minat nak jadi polis. Dulu minat nak jadi TLDM sebab tengok askar TLDM smart je. haha

Mira Adzlia said...

158, xla pendek pun..cume xlpas utk jd polis jer..hihi..lain2 karier kn byk lg :)

Mira Maisara said...

haa..pendek pon comel ape..ayat tuju kt diri sendiri jgk tu..hoho

Fyfy Liew said...

Alolo cian dia. Takpe,mungkin Allah dan sediakan yang tbaik untuk Mee. :)

caliph shuriken said...

aisey, beza 2cm jaa kn.. xpe, cari keje lain ^^

jaakechik said...

jaa dulu pon teringin betul nak keje ngn bdn uniform..tp jaa pendek ler..huhu...rabun lak tuuu...mmg haremm lar diorg nk terima!

are_lin@yu said...

yeke 160??ingt 157..mknanya ayu lg xlyklah nk jd polis..huhu

Bitt (doubeIS) said...

insyallah ada rezeki kemudian hari :)

kaishin said...

oloh 2cm jer lagi, takpe lah takde rezeki hak tu ada rezeki hak lain pulok..tak gitu mee :)

zera eira said...

jadi hakak polis? :O
oh my gelpreng!

TiranaAduka said...

salam......
sabar...sabar..........!!!!



P/S
Boleh bertutur bahasa jawa
Dalam blog aku coretkan
Buat tatapan sahabat semua
Kalau tersalah sudi komenkan

Tirana Aduka Seorang Lelaki
Ada yang Komen berkata ' Kakak"
Mungkin salah ku Tak kenalkan diri
Hanya tersenyum di Panggil 'KAKAK"

Cerita pula tak indah mana
sekadar memori cebisan lama
Hanya satu pinta Tirana
Moga persahabatan kekal selama

biar blog bertukar rupa
TiranaAduka singgah jua
Ape khabar gerangan disana?
Moga persahabatan kekal selama...

Tirana ini tak pandai bermadah
Bersyair gurindam jauh sekali
Singgah setelah selesai ibadah
jangan lupa berkunjung kembali

Aku menulis kisah sebenar
Dari hati ku luahkan kata
Walau bukan nama sebenar
Itulah Dia TiranaAduka

Walau perit ku tulis jua
Bukan membuka pekong di dada
Masih baru di alam maya
Itulah gerangan Si TiranaAduka

Tulisanku tidak seindah mana
Maaf di pinta andai terasa
Bukan bermaksud untuk mempersenda
Hanya Coretanku di baca bersahaja

Shasha Yacob said...

jangan kecewa usaha lagi, pasti dapatpunya.

Shasha Yacob said...

jangan kecewa usaha lagi, pasti dapatpunya.

shidaR said...

meeee kena kurus baru tgi mee..minum susu juga hehee jgn lupa..kak shida pernah interview polis..gagal juga disitu huwaaaa ;(

shinji izac said...

hhihihi..
minum susu byk2..
bagi tggi cepat.. :P

IntaNBerliaN said...

sy dulu pnh temuduga polis tp kne reject sbb xcukup berat.. hihi

dya bunga said...

dya pun teringin nk pergi temuduga polis tp ketinggian dya lagi rendah dri mee..:(

izan mama mia said...

hihihi..tu laa pasal..dulu tak nak makan kacang panjang...

ayut said...

alahai...xde rezeki la tu..jd len pulak ea..tak yah polis :)

Myra Jay said...

Ala sikit je nak lepasi syarat tu, nk buat camne takdak rezeki, sabar ek :)

Ema Blog said...

akak pun pernah mohon polis.. dah lulus semuanya..siap cop sepuluh jari..tp tak ada rezeki bila kantoi bab mata... tp tetap kerja di bawah pegawai polis juga hingga skrg.

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

xpe, ada jawatan yg lebih bagus untuk mee.. jgn putus asa n sabar selalu

E'in said...

tinggi e'in 163cm.. lepas laa ek? hehe

Ridzwan Mohamed said...

sabo2 mungkin ade hikmahnye nanti!

Nurul Husna Mohd Hassan said...

ala, saya lagi ketot, 151cm je. huk3

Shasha Yacob said...

saya komfom xdapat, kawad kaki pun xlepas

Anonymous said...

ermm...dpt intrvw polis ni tp tggi lak mslh...adoi

Anonymous said...

ada banyk faktor nak tinggi..time kecik kene aktif la..sukan..main bola keranjang ka..bola sepak ka..mcam sya..try ukur dgan member,,tangan x sama panjang..time kaki plak lebih aku..penangan main bola kot..tinggi 5 kaki 10..arap2 lepas la ujian polis nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...