Berita Terkini Mengenai GAZA | Selasa 20/11









Berita Terkini Mengenai GAZA - Selasa 20/11 09 :15 pagi waktu Gaza - 
Seorang lagi rakyat Gaza syahid manakala seorang lagi yang merupakan sorang kanak-kanak cedera di kawasan Mughrakah sebentar tadi...




-Beberapa pesawat pemerhati (surveilance planes) tentera israel baru sahaja dirakam berkeliaran dipersekitaran Hospital Al-Shifa di daerah Shaaf di kejiranan Al-Shojaeya..


-Roket yang dilancarkan oleh tentera Palestin pagi ini jatuh di sekitar penempatan Yahudi di bandar Ashkelon, Israel (bumi Palestin yang dijajah) kira-kira 30 km dari Gaza.

UPDATE : Perdana Menteri Israel lari lintang pukang *hahahaha* apabila pejabatnya telah menjadi sasaran roket al Qassam.. Lihat gambar dibawah.


-Israel memasang "tali barut" : Unit Ketenteraan Khas Israel She Bet dikatakan dalam keadaan terdesak meminta maklumat daripada tali barutnya ydang berada dalam Gaza. Mereka dikatakan meminta maklumat baru tentang kedudukan para pejuang dan seolah-olah kekurangan maklumat tentang kedudukan bekalan senjata pejuang. Mereka sebelum ini menembak banyak rumah-rumah milik pimpinan Briged Izzuddin Al-Qassam dan memusnahkannya dengan kemusnahan total namun masih tiada yang memuaskan hati mereka kerana tiada orang di rumah yang dibom. Al-Qassam mengatakan maklumat-maklumat tersebut mereka dapatkan hanya melalui panggilan telefon antara mereka dan tali barut di dalam Gaza dan kami telah pun merekodkannya untuk diadili nanti. kami juga berjaya menangkap beberapa tali barut dalam kalangan mereka.

-Kapal terbang pengintip Israel telah melakukan serangan ke atas sekumpulan penduduk Gaza di belakang Masjid Hasan 'Audah. Dilaporkan terdapat di antara mereka yang mengalami kecederaan serius.

Intifadhah di bandar Hebron hari ini (20 November 2012). Pertempuran antara batu dan senjata api. Allahu Akbar!


Baca perkembangan lain di Gaza di entri ini Berita Terkini Mengenai Gaza
Maaf sebab mood entri sebelum ini dan akan datang mengenai perkembangan di Gaza.. Apa yang Mee baca Mee akan kongsikan.#Pray4Gaza #DoaUntukGaza . YA ALLAH!! SBGAIMANA KAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG2 ABABIL MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KPD-MU YA ALLAH.. TURUNKANLAH BANTUAN MU KALI INI KEPADA SAUDARA2 KAMI DAN SELAMATKANLAH ORANG2 ISLAM DI BUMI NEGARA PALESTIN, HANCURKANLAH DAN LAKNATKANLAH REJIM ZIONIS YAHUDI SEDAHSYAT2NYA- AMIN. 


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

28 komen:

boni kacak said...

Perkenankanlah dia kami ini Ya Allah... Amin...

Fendy said...

Alhamdulillah...Ya Allah bantulah mereka...Amin

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

apa yang kita buat sekarang ne adalah berdoa, sebab doa adalah kekuatan umat Islam, Insyallah Islam akan menang.. Allahuakbar

najihahfara said...

moga terjadi 1 keajaiban 1 hari nanti. Allah Maha Besar

Si Matatajam said...

Ya Allah lindungilah mereka..

✿A I N A A✿ said...

InsyaAllah, kemenangan pasti berpihak pada Islam.. Amin...

Chic Na said...

comel kanak2 tu. semoga Allah memberi petunjuk kat org yg kejam tu.

paripariputih said...

Aminnnn ......

Shiyda Aqma said...

InsyaAllah .. semoga mereka dilindungi Allah , amin ..

eita said...

amin...
semoga mereka semua dalam lindungan rahmat Allah

aku HaniAsyira said...

speechless.. kena sentiasa doakan kan..

Qu azniza ;) said...

YA ALLAH SELAMATKAN LA SAUDARA KU DI MANA JUA.. daripada keZALIMAN ORG@ KAFIR

Shasha Yacob said...

kemenangan pasti berpihak pada yang teraniayayah. moga allah memperkenankan doa kita semua. :D

Muttallif said...

Lindungilah semua umat Islam di Seluruh Dunia terutamanya dari musuh-mush Islam

MRS Rongoks said...

salam, nnt check nama pemenang lucky draw kat blog ika ye ^^

http://ikapukpuk.blogspot.com/2012/11/pemenang-lucky-draw.html

nuyui a.k.a miss YUI said...

sama2 kt doakan.. moga baik2..

Ema Blog said...

Sama-samalah kita memanjatkan doa untuk rakyat palestin di sana....


p/s: kalau mee rasa sakit belakang..eloklah cuba PB ni..akak boleh bagi bayar ansuran...

inche hlovate said...

kesian kan..kanak-kanak banyak yg jadi mgsa..kita yg kt sini kne bayk bersyukur

dya bunga said...

Ya Allah lindungilah mereka..

ayut said...

pray for Gaza...mee update lg nnt ea :)

Miss Zahirah said...

bgusla sentiasa update berita tntg gaza..
sama2 kta doakan utk keamanan gaza.. ;)

MC said...

ALLAHUAKBAR!!

Iklan Jawatan Kosong Terkini SINI

azizah :) said...

Ya Allah bantulah mereka! lindungilah mereka di Gaza!

cweet pinky said...

amin , takpe , CP kagum kamu dapat hupdate pasal nih , CP nak hupdate tak rajen nak mencarik .. but rajen membaca kalaw ade yang buat ...

محمد رازيق said...

paling sayu bila lihat anak kecil cedera. dasar apakah mereka yang zalim? Ya Allah, bantulah mereka.

Kesuma Angsana said...

sama2lah kta doakan ye

CekbOlat-bOlat said...

aaminnn .
#PrayForGaza

shidaR said...

pray for gaza!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...