Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

Berita Terkini Mengenai GAZA | Rabu 21/11








Berita terkini di Gaza , Rabu 21/11
 - Bangunan Israel yang telah diserang oleh Briged Al-Qassam menggunakan roket Fajr 5.. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!



- Kapal udara Israel menceroboh dan mengebom kawasan tanah lapang berdekatan dengan Universiti Islam di Khan Yunis. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini. Mereka juga melepaskan bom api ke Timur Kem pelarian Al-Boreij.  *mereka tidak pernah serik. Bumi palestin tidak putus putus dihujani bomm.. Ya Allah. Selamatkan mereka Palestin.. Amin *



-  Tentera penceroboh Zionis sedang melepaskan serangan bom api bertalu-talu ke atas Beit hannoun dan bahagian pertahanan mereka meneruskan serangan bom mereka secara intensif ke arah timur dan barat Bandar Gaza. Bot bersenjata milik Zionis menghentam ke arah Al-Mughraqa laut tengah Gaza. Tak cukup menghentam manusia dan bangunan, Zionis menghancurkan pula alam sekitar. HANCUR ISRAEL HANCUR!

Rakyat Palestin di bandar Hebron di selatan Tebing Barat menonton dengan perasaan gembira sambil bertakbir melihat roket Al-Qassam mengebom petempatan Israel di pinggir Baitul Maqdis.




Tentera Israel "diancam" dengan batu batu jalanan oleh rakyat Plaestin.. Gambar atas sekali, tentera Israel yang berada diatas bumbung dibaling dengan batu. Sekarang lihat siapa hebat? Belum sempat tekan picu senjata canggih lagi batu dah naik atas kepala.. Mana lebih hebat? Ciptaan manusia atau kuasa Allah SWT?? Takbir! Allahu Akbar!

-Penduduk Palestin di saat ini sedang mencari tempat perlindungan daripada serangan penjenayah Israel yang sebentar tadi menyerang sebuah tanah pertanian. Terkini, hasil pencerobohan Zionis ke atas Gaza sehingga syahid 137 termasuk 34 kanak-kanak dan 1100 orang cedera termasuk 310 kanak-kanak. Update : Kematian bertambah kepada 142orang. 

ACCOUNT facebook, twitter, LinkedIn, youtube dan email timbalan Perdana Menteri Israel Silvan Shalom telah digodam dan telah dipenuhi dengan status oleh pro-palestin. Malah para penggodam juga akan menyebarkan dokumen rahsia dalam masa terdekat. 


Baca lagi terkini di Gaza di entri ini Berita Terkini di Gaza

 
Lihat video ini, seorang wanita terselamat dari serangan Israel.. Hummm. Terkejut Mee tengok...


Baru beberapa hari Mee mengikuti segala perkembangan di Gaza, Mee telah merasakan betapa takutnya keadaan kat sana. Bomm sana sini, kematian pula semakin bertambah. Kanak kanak di bunuh tanpa belas kasihan.. Bayangkan jika ia terjadi kepada adik kamu sendiri. Hummm .. Seolah olah sedang bermain Video Game! Sedar atau tidak ini adalah Peperangan Sebenar! Ya Allah .. Bertuahnya kita yang berada di negara yang aman makmur ini ... HummmHummm





Dan memandangkan Keywords yang datang ke blog Mee mengenai perkembangan di Gaza semakin hari semakin bertambah, tak mungkin Mee akan berhenti menyebarkan perkembangan tersebut. Nanti pengunjung yang datang kecewa lah pulak kan .. Cukup jelas sekali kat sini rakyat Malaysia sangat prihatin terhadap apa yang berlaku dekat Gaza. Alhamdulillah .. Sama sama kita doakan keamanan untuk mereka..




Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

Berita Terkini Mengenai GAZA | Selasa 20/11









Berita Terkini Mengenai GAZA - Selasa 20/11 09 :15 pagi waktu Gaza - 
Seorang lagi rakyat Gaza syahid manakala seorang lagi yang merupakan sorang kanak-kanak cedera di kawasan Mughrakah sebentar tadi...




-Beberapa pesawat pemerhati (surveilance planes) tentera israel baru sahaja dirakam berkeliaran dipersekitaran Hospital Al-Shifa di daerah Shaaf di kejiranan Al-Shojaeya..


-Roket yang dilancarkan oleh tentera Palestin pagi ini jatuh di sekitar penempatan Yahudi di bandar Ashkelon, Israel (bumi Palestin yang dijajah) kira-kira 30 km dari Gaza.

UPDATE : Perdana Menteri Israel lari lintang pukang *hahahaha* apabila pejabatnya telah menjadi sasaran roket al Qassam.. Lihat gambar dibawah.


-Israel memasang "tali barut" : Unit Ketenteraan Khas Israel She Bet dikatakan dalam keadaan terdesak meminta maklumat daripada tali barutnya ydang berada dalam Gaza. Mereka dikatakan meminta maklumat baru tentang kedudukan para pejuang dan seolah-olah kekurangan maklumat tentang kedudukan bekalan senjata pejuang. Mereka sebelum ini menembak banyak rumah-rumah milik pimpinan Briged Izzuddin Al-Qassam dan memusnahkannya dengan kemusnahan total namun masih tiada yang memuaskan hati mereka kerana tiada orang di rumah yang dibom. Al-Qassam mengatakan maklumat-maklumat tersebut mereka dapatkan hanya melalui panggilan telefon antara mereka dan tali barut di dalam Gaza dan kami telah pun merekodkannya untuk diadili nanti. kami juga berjaya menangkap beberapa tali barut dalam kalangan mereka.

-Kapal terbang pengintip Israel telah melakukan serangan ke atas sekumpulan penduduk Gaza di belakang Masjid Hasan 'Audah. Dilaporkan terdapat di antara mereka yang mengalami kecederaan serius.

Intifadhah di bandar Hebron hari ini (20 November 2012). Pertempuran antara batu dan senjata api. Allahu Akbar!


Baca perkembangan lain di Gaza di entri ini Berita Terkini Mengenai Gaza
Maaf sebab mood entri sebelum ini dan akan datang mengenai perkembangan di Gaza.. Apa yang Mee baca Mee akan kongsikan.#Pray4Gaza #DoaUntukGaza . YA ALLAH!! SBGAIMANA KAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG2 ABABIL MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KPD-MU YA ALLAH.. TURUNKANLAH BANTUAN MU KALI INI KEPADA SAUDARA2 KAMI DAN SELAMATKANLAH ORANG2 ISLAM DI BUMI NEGARA PALESTIN, HANCURKANLAH DAN LAKNATKANLAH REJIM ZIONIS YAHUDI SEDAHSYAT2NYA- AMIN. 


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

Selamatkan PALESTIN





Mee ambik gambar dekat atas daripada FB . Bayangkan kalau kite ada dalam situasi tu. Budak tuh dalam ketakutan dan cuba diselamatkan Bapanya. Tapi akhirnya menjadi mangsa peluru tentera israel jugak. Kejam kan? Kat mane lah agaknya sifat perikemanusiaan diorang?? HUM sedihnyaa T.T

GIVEAWAY TERHEBAT MINGGU INI >>> LINK

Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...