Sudahlah Miskin, Gatal Nak Kahwin Pula.









Hukum Dan Sebab-Sebab Diharuskan Poligami - Apa pendapat korang bila seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri dan anak anak kemudian menginginkan untuk berkahwin lagi? SEDANGKAN kewangan keluarga yang dia ada sekarang tidak stabil. Bukan saja tidak stabil malah tidak mampu menyara keluarga sehinggakan anak anak tidak mampu menyambung persekolahan.. Inikan pula nak bagi makan. 




Memang tak salah untuk beristeri lebih daripada seorang tapi jika tak mampu kenapa nak jugak?  Sebab nak tolong? Keluarga pun tak tertanggung inikan pula nak tolong orang lain.. Sebab isteri sakit? Mandul? Anak dah satu stadium tak cukup? Jujurlah.. Sebab gatal berkurap kan?? Lelaki ohh lelaki.. Baca ini...



Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambah keseronokkan hawa nafsu semata-mata dan dia meragui ( syak ) kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami ketika ini adalah makruh. Ini kerana poligami itu bukan kerana keperluan dan boleh jadi kesan daripada perkahwinan itu akan memberikan kemudharatan kepada isteri-isterinya disebabkan kerana tidak mampu berlaku adil terhadap mereka. Sabda Rasulullah s.a.w :
دع ما يريبك إلى ما لا يريبك
“ Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu ”.




Dan antara sebab sebab yang diharuskan untuk berpoligami :-

  1. Isteri mandul
  2. Isteri menderita sakit yang berpanjangan
  3. Suami sentiasa bermusafir
  4. Jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki
Dan jangan lupa dengan Hukumnya pula .. Jangan fikir nak seronok jee. Baca lagi kat sini Hukum Dan Sebab Sebab Diharuskan Berpoligami .. Mee kagum dengan kata kata Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah sebentar tadi di rancangan Selami Jiwa dengan nada gurauan beliau berkata "Nak tolong tak apa tapi minta maaf saya tak sanggup tolong" .. Itu bermakna Beliau masih setia dengan isterinya .. :)





Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

34 komen:

kura said...

wahh.. marahnauuu nada mee ni dgn lelaki yg nk berpoligami. hekhek

Unknown said...

hurmmmmmmmmmmmm

Chic Na said...

men, pls take note. :)

dhiashahida said...

setia ku korbankan...ewahhh..;)
beruntung kan lau dpt yg setia...tenang ase hati..;)

Pykaa Pdott said...

haha setuju . laki yang suka poligami nie laki yang gatal berkurap . haha

caliph shuriken said...

klau btul2 mampu dari segi kewangan sesuai laa poligami.. tapi klau nk bg duit poket utk anak pegi skolah pun x mampu, baik jgn cari pasal...

Unknown said...

bkn senang2 nk bpoligami....huhu

IntaNBerliaN said...

wah... seronok je baca kata2 dr fadzillah tu... eppy je is3 :-)

E'in said...

kawe xmahu bermadu... wuwuwuwuwu

shedameor said...

betul. ustaz2 pon ramai tak berani nak poligami sebab dorang tahu hukum hakam risau tak berlaku adil inikan pula kita yang agama entah ke mana pandai cakap nak ikut sunnah. meyampahh

Unknown said...

bila nafsu dah mengatasi segalanya , macam ni la jadinya . ish ish ..

Afiqah said...

wohoo. betul tu betul jgn gataii dahh ye

Unknown said...

ta suka poligami tp islam tak melarang. Wlupon hak lelaki, tp pmpuan ade hak jugak, hak bersuara.

cci said...

dengan erti kata lain.. x suke poligami.. huhuhu

najihahfara said...

kawin ikut kemampuan diri sendiri je da cukup kan

Azlan Strider said...

salam,

betul tu..sebenarnya kalau lelaki yang betul2 paham mengenai konsep poligami nie mesti dia takut nak berpoligami klu tak bersedia..hehehe

Regards,
-Strider-

Cik Itah said...

sy tak sokong poligami tapi sy boleh terima, insyAllah :)

Unknown said...

zaman sekarang ni, org yg berpoligami kebanyakkannya pasal hawa nafsu. dan dengan lurus bendulnya si isteri pun ikut seja xka bengong tu. hahaiii ermm.Dato fadzilah kamsaha memang setia orangnya. hihi, idola saya tu. hoho

Unknown said...

kalau da tak mampu buat cara tak mampu..cari masalah tuh namanya. hehehe

Unknown said...

seeloknya janganlah cuba... sebab mampukah kita utk menghadapi segala dugaan berpoligami ni walaupun berkemampuan...

hmm, kenapa saya cakap dengan awak.. awak kan perempuan..hehehehe

eita said...

betol2..sokong sangat..

kadang tu banyak tak mampu dari mampu...tapi masih sibuk lagi nak mengatal

Mishter Izwän said...

aku adalah peromen?

sekarang orang berpoligami sebab nafsu, bukan ikut sunah

Unknown said...

setuju tu... moga2 jijah di jauhkan lah dari poligami..hehehe

Mila Ahmad said...

tapi skank fatwa ada jelaskan yang suami xperlu mintak izin untuk bernikah lain. ada keluar dalam surat khabar tapi xigt bila... apa cer ni ?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Nisa Greennnpanda said...

sy mmg xbrape suke laki yg b'poligami nie..
sian kat makcik & spupu sy... sy tgk diorg xbrape hepi pun suami diorg kawin lain.. huhu~... T_T

aku HaniAsyira said...

kena ada sebab nak poligami kan..

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

bini canti, prefect ada anak tp ada hati nak kawen lain... jaga je la ank bini dunia akhirat jgn ikut napsu semata-mata

ecadwinkyasha said...

lelaki2x harus baca entry ini :D

Jahirah said...

alasan xmsk akal nak berpoligami....ke depan ari menyusahkan diri jugak...

Myra Jay said...

Nak poligami kena betul cara barulah kena dengan tindakan.

Jna marcello said...

benda ni smua lelaki kena betul2 faham..bukn pakai nk kawen 4 jee tp APTB ;)

shar90 said...

sbb utama lelaki berpoligami adelah gatal... padahal sorng pon xleh handle xD

tirahzairi said...

tp leleki rndah iq tinggi...hehehe....yoko?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...