Ulasan Tentang Kekalahan Pasukan Malaysia



Ulasan Tentang Kekalahan Pasukan Malaysia - Kekalahan pasukan bola sepak Harimau Malaya dalam perlawanan bola sepak beberapa hari yang lepas sangat mendukacitakan rakyat Malaysia apabila kalah 3-0 ditangan Singapura. Ada juga segelintir daripada kita iaitu rakyat Malaysia sendiri yang kutuk habis-habisan pasukan negara kita.. Paling teruk bila Lee Chong Wei pun turut menerima tempias ini disebabkan kekalahan yang beliau alami dalam final Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Mee sangat kecewa dengan sikap sesetengah daripada kita. Tak nampak ke setiap titik peluh yang jatuh dari badan mereka? Mereka bukannya tak usaha.. Mereka juga nak kemenangan tuu. Bukannya sengaja nak kalah. Jadi kita sebagai "tulang belakang" mereka, kita haruslah memberi respon yang membina bukannya respon yang akan menjatuhkan maruah mereka dan maruah negara kita sendiri! Ini baru pandangan Mee. Belum lagi pandangan dari NEGARA LUAR. Tolong lah. Tolong rasa bersalah disetiap kata-kata yang kita lontarkan kepada mereka. 

Ada juga yang meletakkan kesalahan ini kononnya disebabkan oleh "mood kawin" .. Hummm.. Ini yang dikesalkan. Mangsanya ialah Khairul Fahmi (apek) dan Lee Chong Wei. Fikirkan.. Jika pasangan yang baru berkahwin mendapat sesuatu ganjaran, bukankah kita selalu sebut "Alhamdulillah rezeki perkahwinan" .. Dan bila kekalahan yang menimpa, adakah ini disebabkan perkahwinan Lee chong Wei dan Khairul Fahmi?? Seolah-olah perkahwinan yang telah berlangsung dan bakal berlangsung telah membawa malang?? Kurang Bijak! 

Mungkin mereka silap langkah. Tapi tolong, "bina" mereka. Bukan jatuhkan mereka. Semoga suatu hari nanti kemenangan menjadi milik kita. Takkan lah pasal sukan pun sanggup duk pongpang pongpang macam orang mabuk? Maaf jika entri ini buat hati korang senak. Cukup setakat ini. Banyak lagi yang nak diluah rasa kecewa tapi takut kena tibai je. Kakakaka. Titik.






Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

34 komen:

dariilhamkehati said...

betul tuh cik mee , yang cakap tuh , sikit peluh pown tak merecik , tp byk komplen ...

Unknown said...

segala kata cacian yg telah ko berikn, mmbuatknku rasa kosong kosong ohhh~~

Unknown said...

Assalam, esok kena wajib menang... kalau tak habis kena kutuk lagi lah skuad kita nie...

Chic Na said...

biasa la tu. time menang puji melambung2. time kalah hentam habis2an lak. nasib baik cikna tak minat bola. ;)

Niesa said...

kan..niesa pun bila tgk komen2 org yg kutuk tu pn sakit hati..masa dorg menang disanjung..bila dorg kalah semua dok maki..kita yg perempuan ni ckp lebih2 kang kita plak kena maki skali..hmm..harap2 Malaysia bangkit menentang Laos esk..penyokong setia ttp ada dibelakang..macam kita kan??hehe

# terlebih plak komen mcm tgh buat entry..hehe

shedameor said...

haha tapi kan mee, gol tu senang sangat. serious sheda rasa apek tu dok ingat majlis kahwin tuu. hihihi

merahitujambu said...

org nk kawin cmtu laa..XD

shar90 said...

pasukan kite mmg dah brusaha,,, singapore pon same tp hasil usaha singapore nmpk lg myerlah mlm tu xD

Unknown said...

kecewa memang kecewa tapi sepatutnya kita perlu sokong mereka. jangan hanya tahu bersorak ketika menang tetapi hanya kritik bila kalah.

Nora Karim said...

menang kalahkan nasib... kita kena lah terus2an menyokong... kali ni kalah tak semestinya esok lusa pun kalah... yang penting sokongan kita ni...

kyo_9 said...

sengal kan rakyat kita?

EkaTikah said...

betul tu.. tak perlu nak mengutuk itu ini. mereka sudah cuba yg terbaik.. kan? :)

Jna marcello said...

kan MEE na Mee kan?
Na sokong...!!
Bila menang puji sesgt.bila kalah kutuk memacam..
Even Na sendri sedih tgk Teman malaysia syik kalahhh je..Tapi Na tetap jugak sokonggg sbb kita mmg dari MALAYSIA~!!
WE HAVE TO PROUD TO BE MALAYSIAN~

TiranaAduka said...

salam
No komen lei

boni kacak said...

sama2 kita doakan pasukan Malaysia agar terus bangkit daripada kekalahan..

fifie said...

Fie rasa pemain memang dah cukup berusaha tapi fie tengok strategi coach yang macam tak berapa kena. At least pendapat orang harus dipertimbangkan.

Unknown said...

betul.. dia dah buat sehabis boleh dah.. cuba kita jadi tempat mereka bagaimana rasa.. emm ni lah masyarakat malaysia..kalah sikit kondem

✿INA AINAA✿ said...

setuju dengan mee.. kita sepatutnya beri semangat kepada mereka bukan burukan nama pemain kita di majalah ke, di fb ke, mana2 jelah.. hurmmmm....

Diari Si Froggie said...

kan? tu lah kelemahan orang melayu nie, bila menang oh bangganya beliau lah jaguh kita.. tapi bila kalah hish ntah hape2 main macam tak de skill langsung.. bukannya depa duduk termenung atas gelanggang or padang.. kalau duduk termenung je memang wajar lah kena hentam.

miss yatie said...

peminat macam2 ragam yg ada, walaupun KY sendiri kecewa, apa2 pun tetap sokong malaysia, itukan team kita

Unknown said...

bebi, kita kan GGMU? wehehehe! :)

imy sangat2 gelprengg!

jaakechik said...

bila mennag rami duk puji hebat..hebat..hebat.. kalu kaloh gak mace2 la spekulasi, payoh sungguh laa... senang2 v demo hok kecek tu pulok try main...

faiq said...

hehe..harimau menguap tu yg pling kretip :)

kucokelat said...

hahah.no komen..... nasib badan

Pykaa Pdott said...

biasa la tuh , bila kalah dimaki hamun , bila mnang bukan min lagi puji . ada la org kita mee oi .

Si Matatajam said...

Adat la tu..menang Di sanjung..kalah terjun gaung..he he..tetiba plak..

ayut said...

kite tgk aksi seterusnya..kecewa mmg kecewa la...tp hope dyorg blh bgun dan buktikan sesuatu nnt :)

kura said...

sy suka pendapat mee. aumm.

iAmCekbolat said...

diorang pun ada life jugak . dan kita tak akan menang selamanya .

haihh fanatik sgttt . cuba kalau kita yang main ? haha ngangaaa

dya nasir said...

btl kata mee tu..dya sokong

aku HaniAsyira said...

kalah condemn.. menang sanjung.. ingatan untuk diri sendiri

Unknown said...

follow ;)

Jahirah said...

kalah menang adat permainan pun.hee

Shida Radzuan said...

esok tgk lak..kosmo tulis pe dgn kmngan dgn indon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...