Berita Terkini Mengenai GAZA | Khamis 22/11 - Perjanjian Genjatan Senjata








Berita Terkini Mengenai GAZA | Khamis 22/11 - Genjatan Senjata - Satu pengumuman rasmi telah di umumkan bahawa genjatan senjata antara Gaza dan Israel bermula pada jam 9 pm (waktu Mesir) oleh Kementerian Luar Mesir . Walaupun Genjatan Senjata sedang dijalankan sekarang, namun kematian tetap meningkat. Setakat ini,seramai 161 orang telah terkorban akibat serangan Israel keatas Gaza,termasuk 11 orang wanita dan 42 orang kanak- kanak yang tidak bersalah. 


Masjid-masjid di Gaza kini sedang bergema dengan sahutan kegembiraan meraikan kemenangan menentang roket-roket penjenayah Zionis. Nikmatnya sebuah kemerdekaan, walaupun mungkin bukanlah kemerdekaan sebenar dan tidak berpanjangan, Namun... Paling kurang ia mampu memberi sedikit ruang kepada kanak-kanak untuk menghirup udara ketenangan dan juga para ibu untuk mencurahkan sepenuh kasih sayang. Kemerdekaan, Ketenangan dan Kebahagian adalah anugerah Allah s.w.t


Rupa Benjamin Netanyahu selepas menyampaikan ucapan kekalahan terpaksa tunduk di atas syarat gencatan senjata yang nyata memihak kepada Kerajaan Palestin Gaza.

8jam yang lalu Media Israel telah memberikan pernyataan bahawa :" keputusan gencatan senjata sebagai kekalahan bagi Israel dan kemenangan kepada pihak Hamas. Alhamdulillah .. Mee harap kemenangan ini berterusan dan tiada lagi peperangan yang akan berlaku selepas ini. Di bawah ini Mee ada sertakan sekali kandungan Perjanjian Genjatan Senjata yang sedang dijalankan sekarang sejak 9pm waktu Mesir.

Kandungan Perjanjian Gencatan SenjataPerjanjian gencatan senjata yang telah dipersetujui oleh Israel dan Palestin bermula semalam akan di uji selama 24-72 jam. Sumber mengatakan bahawa Israel pada mulanya enggan menandatangani kertas perjanjian dan mengumumkan komitmen mereka untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa tandatangan dan perjanjian bertulis. Syarat melepaskan sekatan keatas Semenanjung Gaza menjadi sebab utama penangguhan pengumuman gencatan senjata sejak 3 hari lalu. Sumber juga menyebut bahawa kerajaan Palestin bersetuju apabila Presiden Mesir menjadi penjamin supaya perjanjian gencatan senjata ini berlaku. Mesir berjanji akan membuka sepenuhnya sekatan terhadap Gaza walaupun Israel tidak menandatangani kertas perjanjian tersebut. Persetujan terhasil apabila Israel bersetuju dengan menjadikan Mesir sebagai orang tengah dengan syarat hentikan penyeludupan senjata.
Isi perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui:A - Israel akan menghentikan semua bentuk permusuhan dan tindakan ketenteraan di Semenanjung Gaza melalui darat, laut dan udara termasuk pencerobohan dan orang-orang yang disasarkan.
B - Puak-puak Palestin untuk menghentikan semua operasi dari Semenanjung Gaza ke arah sebelah Israel, termasuk tembakan roket dan serangan ke atas garis sempadan.
C - Pembukaan sempadan dan memudahkan pergerakan orang dan barangan dan tidak menyekat pergerakan orang atau orang yang disasarkan di kawasan sempadan berkuat kuasa selepas 24 jam berlakunya Perjanjian.
D - Akan membincangkan apa-apa isu-isu lain jika diperlukan.
Mekanisma pelaksanaan perjanjian gencatan senjata:A - menentukan jam sifar untuk persefahaman gencatan senjata yang ditandatangani berkuat kuasa.
B- Mesir menjadi rujukan dan waranti setiap pihak untuk mematuhi apa yang telah dipersetujui.
C - Komitmen setiap pihak tidak menjalankan apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian ini, dan sekiranya terdapat sebarang tindakan yang merujuk kepada perjanjian ini Mesir menjadi rujukan susulan ke atas perjanjian itu

Ikuti berita terkini di GAZA di entri ini Berita Terkini Mengenai GAZA


Terima Kasih Daun Keladi, Dah Bace Komen Lah Sekali :)

15 komen:

ayut said...

perjanjian tanpa tandatangan kertas...kang Israel amek kesempatan plak kang..apa sekali pon semoga kedamaian tercapai berterusan..in shaa Allah..amin..

Unknown said...

alhamdulillah sesungguhnya Alla itu Maha Adil :)

Unknown said...

hope berpanjangan. kalau tidak belasah sorang sorang rejim zionis israel ni.

Afiqah said...

Dengan Izin Allah :)

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah.

Unknown said...

Alhamdulillah Israel dah declare genjatan senjata dengan Hamas..tapi kita teruskan berdoa supaya israel hancur dan lenyap dari muka bumi!

sama-sama kita hulurkan bantuan kepada rakyat Palestine!

Jna marcello said...

Syukur Alhamdullilah..Harap ianya kekal utk selama nya..
Amin,,

Chic Na said...

Alhamdulillah. harap2 berterusan lah. takde lagi peperangan lepas ni.

Unknown said...

harap pihak zionis tak langar perjanjian gencatan tu macam sebelum ni..

jaakechik said...

YA ALLAH turunkanlah bala yg maha dasyat buat israel! amin3x........

✿INA AINAA✿ said...

ena pun berharap agar peperangan ini segera diberhentikan.... Alhamdulillah...

Shida Radzuan said...

hope cepat lah berakhir..kesian budak2 yg atau ank2 yg masih kecil dbunuh dgn kejam dan tak bsalah..

cikopiko said...

syukur, alhamdulillah. Kemenangan umat ISLAM makin dekat ;)

jaakechik said...

jahanam israel, mapuh israel,

Nurul Husna Mohd Hassan said...

alhamdulillah. harap kemenangan ni kekal sampai bila2. amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...